Photobucket
This Is My Story :)
click on the dropdown menu to navigate through this blog

Seiras Cinta (I)
Tuesday, 5 June 2012 ★ 02:54 │ (0) angels
wanna share my new story:)

KLIA, Malaysia.

Aleeya duduk di ruangan menunggu sambil memegang buku pasportnya. Matanya mencari kelibat pemandunya yang tidak muncul-muncul. Jam di tangannya dijeling. Dia perlu segera ke rumah. Kepalanya disandarkan ke kerusi. Dalam pada itu, memorinya terimbau kenangan hampir sepuluh tahun lalu.
***
Sekolah Menengah Sains Putrajaya.

          Aleeya memetik gitar sambil menyanyikan lagu kegemarannya. Suasana kelas itu semakin bising apabila lagu itu sampai ke korusnya. Seluruh kelas seperti meraikan ketiadaan guru kimia mereka pada hari itu. Syafiq berlari masuk sambil termengah-mengah di mejanya.

“ eh korang..pengetua kat kelas hujung sana…”, kata-kata itu membuatkan semua pelajar duduk di kerusi mereka sambil membuka buku kimia yang tersedia. Aleeya pantas menyimpan gitarnya di celah almari kelas. Pengetua yang meronda terkejut melihat keadaan kelas 4 Cytrifolia yang sangat senyap. Pelajarnya pula belajar dengan tekun tanpa sebarang suara. Pengetua tersenyum bangga sebelum berlalu pergi.

            Satu keluhan dilepaskan. “ nasib baik sempat. Thanks Syafiq, tak sia-sia kau wakil sekolah dalam sukan..” kata Aleeya yang dibalas ketawa seluruh kelas. Pintu kelas diketuk, Adeera muncul di muka pintu.
            “ Aleeya, ni ha kembar kau nak jumpa….” kata Syafiq. Adeera menyorokkan diri di balik pintu apabila semua mata memandangnya. Adeera sungguh berbeza dengan Aleeya walaupun mereka adik beradik kembar. Keduanya sama bijak tetapi Aleeya lebih kasar sifatnya berbanding Adeera.
            “ yo, what up…” kata Aleeya. Adeera menghulurkan buku ke tangan Aleeya.
            “ apa ni dik..? macam buku jer..maksud aku..buku aper nie?”tanya Aleeya sambil mengetuk buku itu di pintu.
            “ janganlah rosakkan. Buku ni yang akak ambil kat library tu. Tak nak la adik pulangkan, nanti akak pengawas tu marah adik pulak…” jelas Adeera. Aleeya tersenyum sambil memegang buku itu.
            “ takpelah..nanti aku slow talk ngan pengawas tu eh..”. Adeera berlalu ke kelasnya.  

Aleeya pula masuk dan duduk di kerusinya semula. Aizril yang duduk di sebelahnya terbangun dari tidur. Matanya masih tidak terbuka, hanya tangannya yang membetulkan rambut.
            “ kau ni cubalah duduk sopan sikit. Mata aku ni masih memerlukan rehat…” kata Aizril sebelum kepalanya diletakkan semula di atas meja.
            “ cop..cop..jangan tidur.”kata Aleeya. Aizril membangunkan mukanya sambil memandang Aleeya yang masih kabur itu. “ mende kau nak ha??” tanyanya marah. Aleeya menjatuhkan kepalanya di atas meja. “ emm..pukul 12 kejut aku…” kata Aleeya selamba sebelum beg adidasnya dipeluk erat.  Hati Aizril semakin menyirap lalu beg converse miliknya dihempuk ke muka gadis itu. “ tidurlah kau sampai besok…aku nak tidur pun tak senang..” Aizril bangun dari kerusinya dan mencari port lain yang sesuai untuk melandingkan kepalanya.
***
“ wah..lawatan ke Jeju Island, Korea..” kata Haziq. Tawaran itu membuatkan semua pelajar tingkatan empat berasa bangga kerana mereka ditawarkan lawatan itu oleh pihak sekolah. Terasa seperti hendak disanjung sahaja pengetua mereka kerana meluluskan cadangan mereka. Kalau ditanya tentang bayaran, mereka tidak peduli kerana kebanyakan pelajar sekolah itu mempunyai status yang berada.

            “ kau nak pergi tak..?” tanya Aizril pada Aleeya. Aleeya mengangguk.
            “ hmm…adik kau pergi sekali tak?” tanya Aizril lagi. Kali ini Aleeya memandang muka Aizril.
            “ oh…kau minat adik aku eh..” kata Aleeya dengan kuat. Semua pelajar di situ terdiam sambil memandang mereka berdua. Aizril menundukkan muka sebelum menarik Aleeya ke dalam kelas mereka.
            “ ish kau ni. Senyaplah sikit..malu aku.” kata Aizril sambil mengetuk kepala Aleeya.
            “ macam ni perangai kau pada calon kakak ipar kau sendiri. Tak layak sungguh..” kata Aleeya sambil mengusap kepalanya. Aizril tersenyum. Memang benar dia menyukai Adeera sejak awal persekolahan mereka. Adeera itu bijak, mempunyai rupa, bersopan santun sekaligus memenuhi ciri-ciri gadis idamannya. Kadangkala dia terfikir, benarkah Aleeya itu kembar dengan Adeera kerana perangai mereka berlainan sekali ataupun mungkin mereka tertukar ketika lahir seperti sinetron yang ditayangkan di televisyen?
            “ woi! Bayangkan adik aku eh..” usik Aleeya lagi. Aizril membuang lamunannya jauh-jauh. Dia tersenyum lagi.    
            “ mamat ni, kena sampuk ke apa? Asyik senyum jer. Takkan muda-muda dah gila kot..”bisik Aleeya.
***
            “ Adeera, kau pergi tak lawatan tu?” tanya Aleeya yang duduk di sofa sambil menyaksikan filem kegemarannya itu. Adeera yang baru hendak menaiki tangga ke biliknya terdiam. “  pergi kot. Akak pergi ke?” tanya Adeera pula.
            “ mungkin. Sebab last year kan kita dah holiday kat sana..”, balas Aleeya sambil menghirup air nescafenya. Adeera berlalu ke bilik.

Adeera duduk di atas katil sambil mengeluarkan ubat-ubat miliknya. Hatinya berasa sedih kerana dia merahsiakan perkara ini daripada kakaknya. Dua bulan lalu, papanya membawanya ke pusat perubatan kerana dia sering pengsan dan migraine. Ibarat satu hukuman yang dijatuhkan, dirinya disahkan menghidap barah otak tahap pertama. Hancur luluh hati mamanya apabila mengetahui hal itu. Kata doktor, penyakitnya masih boleh diubati dengan ubatan hospital. Setidaknya, perkara itu melegakan diri Adeera.
Pintu biliknya dibuka, Aleeya menjengahkan kepalanya ke dalam bilik Adeera. Adeera pentas menyembunyikan ubatannya ke bawah bantal.

“ adik…” kata Aleeya sambil duduk di atas katil. Aleeya memerhati muka Adeera yang cuba menahan kesedihannya.
“ kenapa ni? Adik nangis eh?” tanya Aleeya. Adeera hanya menggeleng.
“ nak tahu something tak? Ade budak lelaki tu minat kat adik akak sorang ni la..” kata Aleeya.  Adeera mengerutkan dahinya sambil tersenyum kecil.
“ buat tak tahu pula. Aizril la. Ku Aizril binti Ku Hazri, kelas 4 Cytrifolia..dia minat kat Deera tau. Untunglah..” usik Aleeya.
“ mana ade.. akak ni buat cerita pula. Dia tu kan kapten bola sepak, presiden batch..takkanlah boleh sangkut kat Deera..” balas Deera pula.
“ Deera pun cantik ape. Bijak..macam kakak dia..haha.” kata Aleeya.
“ pergilah lawatan tu. Nanti akak bawa jumpa dia eh..” usik Aleeya lagi. Adeera hanya tersenyum apabila dikacau sebegitu. Dia menipu jika dia tidak menyukai Aizril. Cuma perasaan itu disimpannya dalam diam.
***
Pulau Jeju, Korea Selatan

            Aleeya memulakan kekecohannya sebaik mereka tiba di pulau itu. Seramai 25 pelajar yang mengikuti lawatan itu turut gembira. Aleeya menyanyikan lagu korea kegemarannya sambil memetik gitar yang dibawanya. Perjalanan selama 50 minit daripada Jeju Aiport akhirnya berakhir. Mereka tiba di The Shilla Jeju, tempat penginapan mereka selama lawatan itu.
            Aleeya menolong Adeera menarik bagasi mereka. Aizril pula masih tersenyum apabila Adeera mengikuti lawatan itu bersamanya.

            “ penatnye..” Aleeya merebahkan dirinya di atas katil empuk itu. Adeera pula membuka langsir bilik. Pemandangan di hadapannya membuatkan dia tersenyum. Sungguh indah pemandangan pulau itu.
            “ cantik siot…” Aleeya menerpa kea rah tingkap. Suite keluarganya tahun lalu tidak mempunyai pemandangan secantik ini. Aleeya menoleh kea rah Adeera yang asyik tersenyum.
            “ adik mandi dululah..”kata Adeera. Aleeya hanya tersenyum melihat adiknya yang begitu ceria semenjak mereka tiba di sini. Begitu juga dengan Aizril. “Entah-entah…” Aleeya memikirkan sesuatu.
Malam itu mereka menikmati hidangan makanan laut di Jeju-Do Restaurant.  Masing-masing terhibur dengan persembahan kebudayaan masyarakat di pulau Jeju itu. Aizril pula tidak lepas memandang Adeera yang asyik ketawa semenjak tadi.

Selepas makan malam, mereka melawat Haenyeo Museum yang terletak kira-kira 19.5 km dari pusat Bandar. Aizril cuba mengambil sebanyak mana gambar untuk diletakkan di dalam albumnya. Kadangkala, dia menangkap gambar Adeera tanpa diketahui gadis itu.

“ ha!! Curi-curi ambil gambar anak dara orang eh..” usik Aleeya. Aizril terkejut lalu menahan malunya. “ diamlah..” kata Aizril sebelum meninggalkan Aleeya keseorangan.

Adeera menggosok kedua tangannya. Suhu persekitaran yang begitu rendah membuatkan Adeera kesejukan. Tubuhnya disapa seseorang. Aizril berdiri di sebelahnya sambil melihat pemandangan pantai di waktu malam. Kemudian, Aizril menanggalkan baju sejuknya lalu dipakaikan di tubuh Adeera.
“ nanti kalau sejuk sangat, boleh sakit..” kata Aizril. Adeera hanya tersenyum melihat keprihatinan Aizril terhadapnya.
“ nah, minum sikit..” Aizril menghulurkan secawan kopi panas kepada Adeera. Adeera mengambilnya lalu minum sedikit. Aizril menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya tadi kepada Adeera. Mereka ketawa bersama.
“ Aizril..Aizril..” panggil Aleeya sambil membawa dua cawan kopi panas. Langkahnya terhenti apabila melihat Aizril bersama Adeera. Sedikit kecewa hatinya apabila melihat kawan baiknya itu bersama orang lain. Entah mengapa agaknya.

Keesokan harinya, Aleeya terjaga awal. Dia melihat Adeera tiada di katilnya. Dia menuju ke anjung biliknya sambil menguap. Sungguh segar udara di pagi hari. Dari jauh, dia melihat Adeera berbasikal bersama Aizril. Dia tersenyum melihat kegembiraan pada wajah Adeera.

Aleeya mengayuh basikalnya perlahan-lahan sambil menikmati kesegaran kawasan hutan di persekitarannya. Tiba-tiba, dia terlihat Aizril yang berbasikal keseorangan.
“ weh, seronok nampak..” sapa Aleeya. Aizril hanya membalas dengan senyuman.
“ adik aku mana?” tanya Aleeya.
“ dia balik hotel tadi..”
“ sungguh mesra kalian berdua ye. Sukalah engkau, tapi kau jangan nak main-mainkan dia. Dia tu dahlah jenis yang setia pada yang satu..”
“ baguslah. Kalau aku sukakan seorang perempuan, susah nak tukar yang lain tau..”
“ boleh percaya ke..?”
“ eh, mestilah. Ni Aizril tau..”, mereka tertawa bersama. Persahabatan yang dibina semenjak kecil itu sukar diputuskan. Aleeya dan Aizril sememangnya memahami perasaan masing-masing sebagai seorang kawan akrab.

Adeera berlari ke bilik air di biliknya. Dia muntah-muntah. Adeera melihat mukanya di cermin. Darah merah tidak henti keluar dari hidungnya. Dia membersihkannya segera. Kemudian, dia duduk di atas katil sambil menelan ubatnya dengan segelas air mineral yang disediakan. Suhu pendingin hawa dinaikkannya sedikit. Kemudian, dia melelapkan mata sambil menunggu Aleeya pulang.

“ dik..diorang ajak jalan-jalan kat kawasan taman, pastu boleh lunch sekali..” kata Aleeya sambil melonggarkan sedikit ikatan kain di lehernya. Adeera membuka mata perlahan.
“ Deera, cepatlah siap.”arah Aleeya sebelum dia masuk ke dalam bilik air. Adeera yang masih terpisat-pisat itu bangun dari katil.

Aizril mengambil gambar di sekitar kawasan taman DaHeeYeon  itu. Dia menegur Adeera yang kelihatan pucat.
“ awak okey ke? Demam?” Aizril meletakkan tangannya di dahi Adeera. Adeera menggeleng. “Cuma tak sedap badan. Saya laparlah..jom makan..”, kata Adeera sebelum menarik Aizril ke dalam sebuah restoran.

Malam itu, mereka melawat ke Jeju Stone Park. Kawasan itu terkenal kerana seni binanya yang menarik. Sepanjang malam itu, Aizril tidak lepas bersama Adeera. Mereka kelihatan akrab bersama. Kadangkala Aleeya berasa dipinggirkan, tetapi hatinya mengusir jauh-jauh segala tanggapan negatif kepada adiknya itu.

“ Aizril, awak memang minat jadi photographer ?” tanya Adeera.
“ yep. Awak..bila saya besar, saya nak tubuhkan satu syarikat saya sendiri.” Aizril berpaling pada Adeera. Adeera tertawa.
“ well, keep with that. Saya pun akan warisi syarikat papa saya..” balas Adeera.  Aizril pula tertawa.
“ masa tu kita takkan tahu apa yang bakal terjadi, mungkin awak berjaya, dan mungkin tidak bagi saya” kata Adeera lagi. Dia menundukkan mukanya. Aizril memujuk.
“ saya suka dekat awak..” kata Aizril. Adeera terkejut, kemudian membalasnya dengan satu senyuman. Dari jauh, Aleeya hanya memerhati sebelum berlari jauh dari situ. Hatinya perit melihat lamaran dari Aizril buat Adeera. Meskipun dia tahu Aizril sudah menyukai Adeera sejak dari dulu, entah mengapa dia tidak sanggup melihatnya pada malam itu.

Lawatan di Pulau Jeju itu akhirnya berakhir pada pagi itu. Mereka semua menaiki penerbangan untuk pulang ke Malaysia.
***
Kuala Lumpur, Malaysia.

“ apa kata doktor?” tanya Puan Syafinaz. Encik Amri menurunkan surat khabar yang dibacanya. Dia mengambil mug kopi yang disediakan isterinya.
“ penyakit Adeera makin melarat, doktor kata, mungkin akan bertambah buruk keadaannya..” jelas Encik Amri dengan tenang. Riak muka Puan Syafinaz berubah. Timbul kerisauan di dalam hatinya.
“ habis tuh, macam mana…”tanya Puan Syafinaz lagi. Encik Amri hanya memandang isterinya dengan penuh harapan.

“ kalau hendak rawatan pakar, doktor mencadangkan  di California.”

“ maksud abang?”
“ kita kena pindah, demi Adeera..” kata Encik Amri lagi sambil menggenggam tangan isterinya.
***
            “ pindah?” tanya seluruh kelas 4 Cytrifolia. Cikgu Shahril yang sedang berdiri di hadapan kelas, turut terkejut dengan kenyataan daripada Timbalan Pengetua itu.

            “ kenapa secara tiba-tiba ya cikgu?” tanya Cikgu Shahril. Puan Azliza hanya menggeleng. Kemudian, wanita separuh baya itu berlalu sebelum menutup pintu kelas itu semula. Cikgu Shahril memulakan pengajarannya semula. Semua pelajar sudah kehilangan fokus untuk belajar pada hari itu.

            Aizril membawa tray makanannya dan duduk bersendirian. Dari tadi dia memikirkan sebab kawannya itu berpindah.

            “ nak pergi rumah Aleeya tak?” tanya Syafiq dan Aqilah. Aizril tersedar dari lamunannya. Dia mengangguk.
            “ dengar cerita diorang nak pindah US. Mungkin sebab business papa diorang kot. Yela, orang macam tu kan selalu sibuk..” jelas Aqilah sebelum aiskrim Sundae itu disuapkan ke dalam mulutnya.
***
            “ janganlah macam ni. Akak yakin Deera akan sembuh..” pujuk Aleeya sambil membantu Adeera mengemas pakaiannya. Bunyi hon kereta di hadapan rumah mereka. Aleeya menjenguk ke arah tingkap, dilihatnya Aizril bersama rakannya keluar dari perut kereta.

            “ Deera, Aizril datang. Pergilah jumpa dia..” kata Aleeya sambil memandang adiknya. Adeera seperti tidak mempedulikan, dia terus mengemas pakaiannya.
            “ dik, pergilah..” pujuk Aleeya lagi.

Aleeya pantas menuruni tangga dan membuka pintu pagar rumahnya.
“ masuklah..” kata Aleeya. Aizril hanya tersenyum sambil menggeleng. “takpelah, dekat luar pun boleh.”
“ kenapa kau pindah tiba-tiba je?”tanya Aizril. Riak wajah Aleeya yang ceria berubah. Dia cuba merahsiakan tentang apa yang berlaku.
            “ takde apa-apalah. Sebab..sebab business family aku. Ha..sebab tulah kami pindah ke sana..” jelas Aleeya terketar-ketar. Kemudian, dia menyambung lagi.

“ emm..ala, chill la bro, yang perginya aku sorang, kawan-kawan ko tu berlambak lagi la..”
“ Adeera pun pergi sekali?”pertanyaan itu membuatkan Aleeya terdiam. Kemudian, Adeera muncul di belakangnya. Aleeya masuk ke dalam rumah bagi membenarkan adiknya itu berjumpa Aizril.

“ awak..” Aizril memulakan perbualan.
“ ..saya dah takde apa-apa nak cakap lagi. Awak baliklah..” balas Adeera.
“ saya tetap akan tunggu awak balik..” kata Aizril lagi.
“ jangan..jangan tunggu saya. Kita anggap kita tak pernah ada apa-apa lagi. Saya dah tak sanggup bersama awak lagi. Kita putus..” kata Adeera dengan riak muka yang cuba menahan air mata. Dentuman guruh di langit membuatkan Adeera tersedar dari kesedihannya.
“ awak baliklah. Saya tak nak jumpa awak lagi..” Adeera menolak Aizril perlahan. Kawan-kawannya yang berada di dalam kereta memanggilnya berulang-ulang kali.

“ Aziril, cepat sikit. Dah nak hujan ni..” jerit kawan-kawannya.
“ saya tak faham..” tanya Aizril.
“ awak tak perlu faham. Sebab saya tak pernah kenal awak lagi.” Adeera berpusing dan masuk ke dalam rumah. Aleeya yang berdiri di pintu, ,memerhatikan semuanya semenjak tadi.

Hujan lebat turun secara tiba-tiba. Aizril hanya membiarkan dirinya kebasahan. Pantas Aleeya mencapai payung lalu membawanya ke arah Aizril.
“ awak balik cepat. Nanti hujan lagi lebat..” kata Aleeya sambil memayungi Aizril. Aizril hanya mengangguk sebelum berlalu pergi.
***
California, USA

            “ macam mana kalau Deera takkan sembuh?” tanya Adeera yang duduk di kerusi rodanya. Aleeya duduk di hadapan adiknya itu.
            “ mana Deera tahu?Percaya cakap kakak, Deera pasti akan jadi macam dulu lagi..” pujuk Aleeya sambil mengusap kepala adiknya itu.
            “ should we move in?” tanya seorang jururawat di hospital itu. Aleeya mengangguk dan menyorong kerusi roda adiknya ke dalam.
***
Kuala Lumpur, Malaysia.

            Aizril berdiri di hadapan anjung rumahnya. Kenangan di Pulau Jeju tempoh hari masih membayangi. Dia membayangkan bahawa Adeera masih berada di sisinya sambil tersenyum.

            “ Aizril, temankan mama boleh tak?” tanya Puan Zulaikha. Aizril menoleh kea rah mamanya.
            “ mama nak ke hospital, ambil kakak kamu. Kereta dia rosak.”jelas Puan Zulaikha. Aizril hanya menurut.

            Setibanya di hospital itu, Aizril menuju ke kaunter pertanyaan.
“ Doktor Azreen, biliknya di mana?”, tanya Aizril. Jururawat itu menunjukkan arah. Aizril menuju ke tingkat empat hospital itu untuk mencari kakaknya. Pintu bilik doktor itu di buka perlahan.

            “ oh, Azril. Cepat dah sampai. Akak tengah packing sikit ni. Kejap eh..” kata Azreen. Aizril duduk di kerusi kakaknya sambil memandang sekeliling.
            “ emm..besar bilik Doktor Azreen ni....” katanya sambil membelek fail-fail di atas meja.
            “ janganlah kacau..” marah Azreen. Aizril tidak memedulikannya. Tiba-tiba, matanya tertancap pada suatu nama yang cukup dikenalinya.

            “ Adeera Qistilla binti Amri, kenapa failnya ada di sini? Deera sakit apa?” bisik Aizril. Dia kemudian membuka fail tersebut secara senyap. Azreen menegah.

            “ kak..dia ni pesakit akak ke?” Aizril mencari kepastian.
            “ ya, tapi kakak uruskan peringkat awal. Lepastu pindahkan dia ke unit rawatan pakar.” Jelas Azreen.
            “ rawatan pakar? Dia sakit apa?”tanya Aizril lagi.
            “ brain cancer. Sebab tu hospital cadangkan dia buat rawatan ke luar negara, lagi berkesan.” Jelas Azreen. Aizril terdiam. Dia bingkas bangun lalu berlari keluar.
            “ ish, budak ni. Kata nak tolong aku. Lepastu lari pula..”keluh Azreen.

            Aizril berjalan di laluan berdekatan sebuah taman. Dia mengeluarkan handphonenya lalu mendail nombor Adeera. Berkali-kali cubaannya gagal. Dia menjerit sekuat hati lalu duduk di bangku yang tersedia. Dia menekup mukanya. Hatinya menangis sepuas-puasnya. Timbul penyesalan kerana dia tidak mengetahui apa-apa sebelum ini. Mungkin itu sebab Adeera mahu menakhiri hubungan mereka. Satu tangan menyentuh bahunya, dia mengangkat muka.

            “ awak, aiskrim nak?” tanya Adeera dengan riak muka yang ceria sambil ketawa. Aizril tersenyum.
            “ cik, hujan ni..” tegur gadis itu. Aizril tersedar dari lamunannya. Rintik-rintik hujan membasahi kepalanya. Dia berlalu dari situ selepas mengucapkan terima kasih.
***
California, USA.

“ doctor, how about my daughter? Is she okay?” tanya Amri berulang kali. Pembedahan yang memakan masa selama hampir 5 jam itu memang merisaukan semua.
            “ let we talk in my room..” doktor itu mengajak Amri masuk ke biliknya. Puan Syafinaz dan Aleeya hanya menunggu di luar.

            “ there a little bit complication during the operation. The cancer in her brain has damage the other nerve, especially the spinal cord…” jelas doktor itu. Bertambah kerisauan di wajah Amri.
            “ and..how about her now?”
            “ she still in coma right now. And soon, the complication can cause her paralysed..” jelas doktor lagi. Amri terdiam. Dia tidak dapat membayangkan Adeera akan lumpuh seumur hidup. Dia mahu anak-anaknya membesar secara normal, seperti gadis-gadis lain.

            “ abang, Adeera macam mana?” tanya Puan Syafinaz. Amri hanya menggeleng.
            “ dia masih koma. Ada komplikasi sewaktu pembedahan. Dan kesannya, dia akan lumpuh seumur hidup..”
            “ ya Allah..anak mama..” Puan Syafinaz terduduk di lantai hospital. Aleeya menenangkannya. “ sabar ma..” pujuk Aleeya. Papanya tunduk sambil mengelap air mata. Aleeya tidak menyangka nasib Adeera akan menjadi seperti itu. Benarlah kata orang, seorang kembar akan merasakan apa yang dirasai oleh kembarnya sendiri.
***
Sudah hampir 3 bulan Adeera tidak menyedarkan diri. Aleeya seperti sudah hilang tempat untuk berbicara lagi. Setiap hari dia menemani Adeera di katilnya. Dia akan menceritakan tentang apa yang sedang berlaku, kadangkala dia bercerita tentang Aizril. Sudah beratus emel yang dikirimkan lelaki itu tidak diendahkannya. Aleeya sangat berharap agar Adeera boleh sembuh dengan segera.

Selepas beberapa minggu, Adeera menunjukkan perubahan. Kata doktor, Adeera sudah mula membaik. Cuma, dia akan lumpuh fizikal, bermakna hayatnya akan diisi dengan duduk di kerusi roda. Aleeya dan keluarganya sentiasa memberi bantuan dan sokongan agar Adeera boleh ceria seperti dahulu, menikmati hidupnya sendiri tanpa bantuan sesiapa.

“ kak, boleh Deera minta tolong sesuatu, pasal Aizril..”tanya Adeera. Dia menggerakkan kerusi rodanya ke arah Aleeya.
“ apa?” tanya Aleeya.
“ Deera tak nak balik ke Malaysia lagi. Deera tak sanggup nak hadapi semua orang, terutama Aizril. Kakak fahamkan?”. Aleeya hanya mengangguk. Dia cuba meneka apa yang hendak dikatakan adiknya itu.
“ akak tolong cakap dengan semua kawan-kawan kita yang Deera dah mati.”jelas Adeera. Aleeya terkejut mendengar penjelasan adiknya.
“ apa?! Tapi Deera kan masih hidup..kenapa jadi macam ni?”tanya Aleeya lagi.

“ memang Deera masih hidup, tapi jiwa Deera dah mati kak. Hati Deera ni dah tak layak untuk sesiapa. Deera takkan boleh bahagiakan Aizril. Akak tolong Deera..please..”rayu Adeera. Air mata yang mengalir disekanya perlahan. Aleeya mengangguk, sukar dirinya untuk memutuskan hal ini.
Tangannya mencapai telefon bimbitnya. Aleeya mendail nombor Aizril yang semakin lama hampir dilupakannya.

“ hello, Aizril..” Aleeya terketar-ketar memulakan perbualan.
“ ya, saya..siapa tuh?”
“ …saya..Aleeya..” akhirnya lepas juga perkataan itu. Aizril yang sedang berbual bersama rakan-rakannya terdiam.
“ Aleeya, awak..Kenapa tak balas emel saya? Saya risau. Adeera macam mana?”tanya Aizril bertalu-talu.
“ ..saya minta maaf. Tapi Adeera..dia..” Aleeya tidak pasti untuk meneruskan percakapannya.
“ kenapa? Kenapa dengan Deera. Dia baik-baik sahaja kan? Dia akan balik ke sini kan?” Aizril kerisauan.
“ pembedahan itu tak berjaya. Adeera dah tinggalkan kita..” sayup suara Aleeya.
“ apa..”Aizril mematikan talian. Dia terduduk sambil memandang kawan-kawannya.
“ kenapa?” tanya mereka.
“ Adeera..dia..” Aizril hanya menggeleng dengan muka yang kecewa.

Aleeya menarik nafas panjang. Telefonnya ditekapkan ke dada. Dia memandang ke arah Adeera sambil mengangguk. Tugasnya selesai, tetapi perbuatannya itu menghancurkan perasaan ramai orang. Terutama insan-insan yang disayanginya.

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
Annur Syi :)
I'm 16 now and my birthday on 19th August :) Studying at my school:P Hope you'll enjoy reading my site

TAGBOARD
footprint <3 THANK YOU !

Facebook Annur Syi
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by AidaFarisha :)
Icons from reviviscent