Mia Quzaira (III)
Sunday, 3 June 2012 ★ 03:41 │
Sudah beberapa minggu semenjak
pemergian Putera Sulung Kerajaan Ershaq itu. Semua rakyat berendam air mata
mengenangkan Fitri yang tumpas di tangan Rafael. Rafael pula berjaya
menghilangkan diri. Dhia sudah berminggu menyendiri. Memang dia dan Fitri rapat
semenjak kecil. Hancur hatinya melihat abangnya sendiri tewas di hadapan mata.
“
Dhia…makanlah sedikit..”pujuk Rifqi. Dhia hanya mendiamkan diri.
“
kalau Fitri ada, dia tak nak tengok Dhia macam ni..”
“
kalau macam tu, kenapa dia mesti tinggalkan Dhia…” Dhia menangis dan memeluk
Rifqi.
Quzaira mengintai dari luar. Dia
sedar salahnya selama ini. Dia tidak patut mengenali keluarga diraja seperti
itu. Kalung milik Fitri itu digenggamnya erat. Dia sudah nekad. Dia akan pergi
dari situ segera.
“ Quzaira, saya tak izinkan awak
pergi..” kata Rifqi. Quzaira berpaling sebentar.
“maafkan saya. Saya tak boleh nak
susahkan awak dan Dhia lagi. Lagipun, hari ini pertabalan awak sebagai seorang
raja baru memandangkan Rafael sudah mengalah. Awak jagalah Dhia sebaik
mungkin..” balas Quzaira.
“ tapi saya sayangkan awak…”
“ sayang seorang raja pada
rakyatnya hanyalah sayang biasa. Saya dan awak berbeza darjat dan keturunan.
Saya tak boleh mencintai awak lebih dari yang sepatutnya..”
“ tapi raja ini takkan dapat
hidup tanpa permaisurinya..”
“ percayalah, awak akan temui
pengganti yang lebih baik dari saya suatu hari nanti..” Quzaira berlalu pergi
dengan senyuman buat Rifqi.
“ berbohong dengan awak adalah
perkara yang paling menyakitkan dalam hidup saya..” bisik Quzaira.
“ sembah hormat buat keluarga
diraja, tuanku, majlis pertabalan hampir bermula..” kata seorang pengawal. Hati
Rifqi sedih melihat bayangan Quzaira yang pergi meninggalkannya.
Quzaira
berjalan perlahan menuju ke perkampungan asalnya. Tiba-tiba, dia diterkam
sesuatu.
“
Rafael…” bisiknya sebelum pengsan.
Seekor
burung merpati putih terbang menghampiri Rifqi. Sepucuk surat dikirimkannya.
Rifqi
membuka surat itu sambil diperhati Dhia. Kalung hijau yang diberikan Fitri kepada
Quzaira terjatuh dari surat itu.
Kalau
kau tak nak dia mati sepertimana Fitri, selamatkan dia segera…
Walaupun
Rifqi sedar hal itu akan membahayakan nyawanya, dia sanggup. Kata-kata Quzaira
tempoh hari masih mengiang-iang di telinganya.
“
mencintai awak adalah perkara yang paling indah dalam hidup saya. Meninggalkan
awak akan buat saya menderita. Hujan yang senantiasa turun buat saya teringatkan
semua memori kita selama ni. Melupakan awak takkan terjadi seperti hujan lebat
yang takkan berhenti. Sebab hari ini hujan, saya takkan tinggalkan awak sebab
di sisi awak tempat saya akan sentiasa berlindung..”
Rifqi
bersiap sedia untuk menyelamatkan Quzaira, Dhia mengikutinya dengan penuh
harapan agar mereka berjaya. Rifqi memulakan perjalanan dan berharap agar
Quzaira tidak diapa-apakan.
Quzaira
membuka matanya, dia diikat di sepohon kayu besar di tengah hutan. Gerun dia
melihat banyak serigala berada di hadapan mata, seperti bersedia mahu
menerkamnya. Salah seekor pengikut Rafael memaksa dia menelan air yang
disediakannya secara paksa. Quzaira enggan tetapi minuman itu tetap melalui
tekaknya.
“
malang sekali nasib kau. Seorang manusia yang tak mempunyai apa-apa kelebihan
jatuh cinta pada seorang raja…” kata Rafael sambil tertawa.
“
walaupun aku manusia, tapi darjat aku lebih tinggi dari kau Rafael..” marah
Quzaira. Rafael mendengus kemarahan.
“
nak tahu sebab apa…sebab aku manusia yang ada perasaan. Aku boleh menyayangi
dan mencintai sesiapa. Diri engkau pula hanya penuh dengan nafsu dan amarah.
Aku bahagia dengan hidup aku selama ini. Mencintai Rifqi bukan satu beban buat
aku, tetapi satu perlindungan. Dan ingat, hidup kau takkan bahagia walaupun kau
akan memiliki semuanya. Sebab dalam hati kau tak pernah belajar mencintai
sesiapa kecuali kekuasaan..” jelas Quzaira.
Rafael
sudah tidak sabar lagi. Sakit hatinya diperkatakan sebegitu.
“kalau
macam tu, aku nak tengok apa cinta boleh buat pada kau sekarang…” Rafael
memberi arahan kepada serigalanya untuk menyerang. Quzaira memejamkan mata “
saya sayang awak, Rifqi.” bisiknya.
Rifqi
mengumpul sekuat tenaga untuk menyerang Rafael. Dhia pula pantas membuka ikatan
Quzaira lalu membawanya pergi. Semua serigala di situ berjaya dikalahkan oleh
Rifqi. Sekarang, tinggal nyawa Rafael yang perlu dihabiskannya.
Sungguh
pantas Rafael menyerang dan sepantas itu Rifqi mengelak. Pergelutan selama itu
berakhir apabila mata pedang Rifqi berada tepat di leher Rafael. Ketika itu
Rafael sudah terbaring kesakitan. Tusukan terakhir itu akan membunuhnya.
Dhia
yang sedang bersama Quzaira terkejut apabila Quzaira terbatuk-batuk dan terkulai
secara tiba-tiba. Berbuih putih mulutnya dan darah merah keluar secara
tiba-tiba.
“
kalau aku tak dapat apa yang aku nak, kau pun takkan dapat. Biar cinta yang kau
agungkan itu akan buat kau menderita sepanjang hayat..” kata Rafael sinis
sebelum Rifqi menghabiskan riwayatnya.
Rifqi
menuju ke arah Quzaira yang terbaring di samping Dhia. Rifqi memangku
kepalanya. Dhia cuba membantu dengan nyanyiannya tetapi tidak berjaya. Racun
itu telah tersebar ke seluruh tubuh Quzaira.
“
Mencintai awak adalah satu takdir yang takkan saya lupakan. Walaupun saya
tiada, dalam hati awak saya takkan pernah pergi..maafkan saya…” kata Quzaira
lemah. Rifqi menangis semahunya. Akhirnya Quzaira pergi juga diiringi musim
luruh yang bakal berakhir di negara itu.
“
saya takkan lupakan awak…takkan sampai bila-bila..” kata Rifqi. Hujan renyai
mulai turun seperti menangisi pemergian gadis itu juga.
“
Puan Amirah, Mia sudah sedar..” kata Adam. Mia membuka mata perlahan-lahan,
tangannya asyik memegang kepala yang asyik berdenyut.
Sudah
beberapa bulan semenjak Mia sedar dari komanya, dia asyik mendiamkan dirinya.
Kata doktor, Mia mengalami kemurungan teruk. Akan mengambil masa untuk
menyembuhkannya. Namun begitu, Adam tetap bersabar di samping Mia, dia rela
menghabiskan seluruh hidupnya demi gadis itu.
Mia
duduk di kerusi taman permainan itu.. Hampir setahun diperlukan untuk dia
mengenali keluarganya sendiri, termasuk Adam. Adam sungguh setia membantunya
agar dia dapat sembuh seperti sekarang. Malah, kesetiaan itu mengingatkan
dirinya pada seseorang, tetapi memorinya seperti terluput semua. Cintanya sekarang
hanya milik Adam, suaminya yang sah.
“
mama…”, dari kejauhan si kecil Dania berlari sambil diperhati Adam. Mereka
tertawa bersama seperti sebuah keluarga bahagia. Kini Mia sedar, manusia itu
memerlukan cinta dalam diri mereka. Dan diciptakan manusia untuk seorang
manusia, bukan makhluk lain. Tanpa kasih sayang, kita takkan bahagia selamanya.
Raja
Rifqi berdiri di anjung istananya, memandang persekitaran. Terasa seperti
semalam Quzaira meninggalkan dirinya, padahal sudah hampir 5 dekad Rifqi
menyendiri. Dhia datang menghampiri abangnya.
“
bersabarlah kanda, pasti suatu hari nanti akan ada penggantinya dalam hidup
kanda..”pujuk Dhia. Rifqi hanya tersenyum.
“
takkan pernah ada sebab cinta kanda hanya buat seorang manusia biasa bernama
Quzaira. Walau di mana dia berada sekarang, kanda pasti dia masih hidup, cuma
jauh dari kita dan kanda tidak pasti di mana..”kata Rifqi lagi. Dhia
menggenggam erat tangan abangnya, dan menjatuhkan kepalanya di bahu Rifqi.
“
dinda pasti Quzaira sedang melihat kita sekarang…” kata Dhia sambil tersenyum.
Rifqi membalas senyuman itu dengan harapan dia dapat berjumpa Quzaira suatu
hari nanti. Biarlah dia menyimpan impian, setidaknya dia masih berharap.
OLDER POST | NEWER POST