Photobucket
This Is My Story :)
click on the dropdown menu to navigate through this blog

Mia Quzaira (II)
Sunday, 3 June 2012 ★ 03:43 │ (0) angels

Istana Qaitre, Ershaq.

            “ Apa!!Rafael menyerang manusia!!” marah Rifqi.
“ begitulah perkhabarannya..”jelas Fitri. Dhia kemudian masuk ke balairung itu.
“ adinda sudah lihat sebelum ini. Ramai yang terkorban akibat perbuatannya terutamanya golongan manusia. Sebuah perkampungan di barat Gunung Yish telah dimusnahkannya. Kalau terus begini, rakyat akan membenci kita kekanda..” kata Dhia kerisauan.

 Dhia sememangnya mempunyai kelebihan melihat apa yang bakal terjadi. Nyanyiannya juga boleh menyembuhkan segala kesakitan. Fitri pula merupakan serigala terpantas di Ershaq. Tiada siapa yang boleh beradu kepantasan dengannya.

“Sembah hormat buat keluarga diraja, ada seorang manusia yang ingin berjumpa dengan Putera Rifqi..” kata seorang pengawal istana. Rifqi kehairanan. Ini kali pertama manusia berkunjung ke istana Qaitre ini.

Rifqi melihat seorang perempuan sedang duduk di kerusi sambil menangis. Perempuan itu mengangkat muka.

“Quzaira…apa yang awak buat di sini..” belum sempat pertanyaan itu dijawab, Quzaira bangun dan memeluk tubuh Rifqi. Para pengawal mula menghampiri tetapi dihalang oleh Rifqi.

“ ibu saya…dia ditangkap orang-orang istana. Tolonglah saya, Rifqi…saya merayu..” kata Quzaira sambil tersedu-sedu menahan tangisannya. Dia melutut di kaki Rifqi tetapi Rifqi membangunkannya semula.

“ saya pasti tolong awak…saya janji..” kata Rifqi sebelum memeluk Quzaira semula. Kemudian Quzaira terkulai jatuh. Tangannya yang menahan tembakan di perutnya dilepaskan. Cecair darah merah mengalir di baju Rifqi.

“..berikan bantuan..perempuan ini cedera parah..” arah Rifqi.

***
Hospital Kuala Lumpur.

            Jari Mia mula bergerak. Adam segera memaklumkannya pada doktor. Kata doktor, keadaan Mia sudah mula membaik. Tidak lama selepas itu, Mia tersedar.

“ Adam…ibu..” kata Mia sambil membuka mata. Sudah hampir tiga minggu dia koma. Adam sungguh gembira melihat kesembuhan Mia. Ibunya pun begitu.

“ saya sangat rindukan awak Mia…saya akan sentiasa di samping awak..” kata Adam sambil menolak kerusi roda Mia di taman hospital.

“ nah, Mia makan ubat dulu ya sayang..” kata ibunya. Mereka kemudian berborak sebentar sambil tertawa. Tiba-tiba, Mia memegang tangan kirinya yang masih berparut itu. Dia mengaduh kesakitan. Adam dan ibu Mia cemas. Baru beberapa hari Mia sembuh, dia kembali sakit. Belum sempat Adam memanggil doktor, Mia rebah tidah sedarkan diri.

***
Istana Qaitre, Ershaq.

“ Quzaira..awak dah sedar..”

Quzaira membuka matanya. Dilihatnya Rifqi berada di sampingnya. Dia memegang perutnya yang masih berbalut.

“ Awak ditembak sewaktu hendak ke sini. Sudah 3 hari awak pengsan. Tabib istana sudah menyembuhkan awak. Berehat sajalah di sini. Tentang ibu awak, kami dah menyelamatkannya. Itu dia..” tangan Rifqi menunjuk ke arah pintu bilik. Ibu Quzaira tersenyum dan menuju ke arahnya. Mereka berpelukan.

“ Zaira rindu ibu…” kata Quzaira. Ibunya memujuk agar Quzaira tidak menangis lagi.

“ Terima kasih Rifqi.” Tanpa disedari, dia memeluk lelaki itu sekali lagi. Rifqi hanya tersenyum sambil mengusap rambut Quzaira.

“ ha…kanda suka Quzaira ya…” usik Dhia yang muncul secara tiba-tiba. Quzaira menahan malu.

“ Quzaira, duduklah di istana. Bolehlah bersahabat dengan Dhia…” ajak Dhia sambil memandang Rifqi.

“ tapi ini bukan tempat patik tuanku…ibu patik dan patik tidak layak duduk di istana raja..” kata Quzaira. Dhia mencebik sambil memandang abangnya.

“ duduk di sini sebagai hadiah menyelamatkan adik beta tempoh hari..dan ini satu arahan..” kata Fitri. Quzaira mengangguk dan mengucapkan terima kasih berulang kali. Dhia pula tersenyum kerana baru mendapat teman untuk meluangkan masanya bersama.

Sudah beberapa bulan Quzaira tinggal di istana itu. Hubungannya dengan Rifqi juga semakin rapat. Rifqi begitu sayang pada Quzaira dan begitu sebaliknya. Kadangkala timbul rasa cemburu di hati Fitri kerana dalam diam sebenarnya, dia juga mencintai Quzaira.

“ apa ni..” Tanya Quzaira sambil memegang kalung yang dipakai Rifqi. Dia perasan bahawa setiap serigala diraja di istana memakai kalung yang serupa. Cuma berbeza warna mengikut kelebihan masing-masing. Dhia memakai kalung berwarna putih kerana kebolehannya meramal masa depan. Fitri pula berwarna hijau, kerana kepantasannya. Kalung yang dipegangnya berwarna biru, menandakan bahawa Rifqi itu boleh membaca minda seseorang.

“ ini beerti nyawa kami. Jika ini terputus dari tubuh kami, maka kami akan mati..” jelas Rifqi. Quzaira terdiam. Dia manusia, Rifqi pula serigala. Itu membuktikan bahawa mereka berbeza dunia.

“ sembah hormat buat keluarga diraja, Putera Rifqi, ada perkara yang hendak dibincangkan oleh Putera Fitri dan Menteri Pertahanan Ershaq..” kata pengawal. Rifqi menurut dan meningalkan Quzaira di anjung itu.

***
“ serangan berikutnya akan berlaku di timur. Saya kena pergi bersama Fitri..” kata Rifqi kepada Quzaira dan Dhia. Dhia sebolehnya melarang tetapi tidak dilayan oleh Rifqi yang sedang bersiap.

Dhia pula memeluk Fitri semahu-mahunya sebelum menangis. “ Dhia sayangkan kanda Fitri..” katanya.
“ jaga diri awak baik-baik…” kata Quzaira sebelum melepaskan Rifqi pergi bersama Fitri.

Beberapa hari selepas itu, Dhia asyik murung dan sering berdoa agar abang-abangnya selamat. Quzaira menghampiri Dhia setelah selesai berdoa.

“ mengapa ni Dhia..?” Tanya Quzaira. Dhia memandang Quzaira.
“ ramalan itu…peperangan itu akan mengorbankan nyawa…” jelas Dhia. Quzaira kebingungan.
“ … Fitri…dia dalam bahaya…” jelasnya lagi.

Quzaira menunggang kuda milik Dhia selaju yang boleh. Dia ingin segera menyelamatkan Fitri walaupun ditegah oleh Dhia. Kawasan hutan itu diredahinya perlahan-lahan. Dari kejauhan, dia melihat markas tentera kerajaannya.

“ Quzaira…apa awak buat ni. Tempat ni bahaya. Balik cepat…” arah Rifqi.
“ awak pun balik sekali. Bawa Fitri balik sekarang…” kata Quzaira.
“ ada apa ni sebenarnya…?”Tanya Rifqi.
“ ramalan tu..Dhia kata..” sebelum sempat Quzaira menghabiskan percakapannya, sebuah dentuman kuat kedengaran. Rifqi menarik Quzaira ke tepi. Mereka bersembunyi di balik semak. Kelihatan Rafael dan tenteranya melepaskan tembakan bertalu-talu.

“ awak duduk sini. Jangan pergi mana-mana…” kata Rifqi sebelum berlari pantas dan bertukar menjadi serigala. Quzaira ketakutan. Dia berdoa agar Fitri dan Rifqi selamat.

Segala pergelutan berlaku di hadapan mata Quzaira. Semuanya berlalu dengan pantas sehinggalah dia melihat Rafael tumpas di tangan Fitri. Entah mengapa di fikirannya, dia terus berlari dan memeluk Fitri.

“ awak selamat…” kata Quzaira. Fitri membalas pelukan itu sambil diperhati Rifqi.
Tanpa disedari, Rafael bangun dan ingin menerkam Fitri dan Quzaira.

“ Fitri….!!!!!!!” Jerit Rifqi. Fitri berpusing dan sekaligus ditikam oleh Rafael. Rifqi memukul Rafael ke tepi.

Fitri terduduk. Pelukan Quzaira terlepas dari tangannya.
“ awak…tahan sekejap..” kata Quzaira sambil memandang sekeliling mencari bantuan.
“ awak datang sebab saya…” kata Fitri perlahan. Quzaira mengangguk dan menangis lagi. Fitri mengelap air mata Quzaira.

“ saya dah tak kuat Zaira….” Kata Fitri lagi. Dia memandang Quzaira dan merentap kalung hijau di lehernya. Quzaira terpempan. Fitri meletakkan kalung itu di tangan Quzaira.

“ saya sukakan awak..”, akhirnya Fitri menutup mata. Dia mencabut kalungnya sendiri, beerti dia mahu mati di hadapan Quzaira, orang yang sangat dicintainyaitu.

“Fitri…” esak Quzaira. Kemudian, Dhia tiba bersama Rifqi. Masing-masing terduduk kesedihan.

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
Annur Syi :)
I'm 16 now and my birthday on 19th August :) Studying at my school:P Hope you'll enjoy reading my site

TAGBOARD
footprint <3 THANK YOU !

Facebook Annur Syi
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by AidaFarisha :)
Icons from reviviscent