Photobucket
This Is My Story :)
click on the dropdown menu to navigate through this blog

Mia Quzaira (I)
Sunday, 3 June 2012 ★ 03:44 │ (0) angels

Bukit Tinggi, Kuala Lumpur.

Di bukit ini, Mia sering mendaki di persekitarannya. Memang semenjak dari kecil lagi Mia suka menjelajah kawasan hutan.

Matahari hampir terbenam, Mia masih lagi keliru dengan pohon-pohon yang hampir serupa. Dia kehilangan arah. Hatinya menjerit ketakutan apabila teringatkan usikan rakan-rakannya tentang lembaga yang sering muncul di hutan itu. Timbul rasa kesal apabila dia mengikuti ekspedisi ini.

Akhirnya, malam tiba. Mia mencekalkan hati keseorangan. Ranting-ranting kayu dibakar untuk menghangatkan dirinya, sekaligus melindungi daripada ancaman haiwan-haiwan liar. Mia merapatkan dagu dan lututnya. Sememangnya malam senantiasa menimbulkan bahaya. Dia menggosok-gosok tangannya sambil melihat sekeliling. Gelap.

Tatkala itu kedengaran suara dari arah timur. Dia memalingkan muka. Tangannya pantas mencapai pisau kecil yang sentiasa dibawanya. Suara itu semakin hampir. Mia semakin bersedia. Dalam ketakutan itu, seekor serigala mucul di sebalik pokok besar. Ia mendengus. Mia terkejut seraya pisau kecilnya terlepas. Lidahnya tidak berhenti mengucap kalimah agung. Mia memejamkan mata, dia tahu ajalnya semakin tiba. Serigala itu menerkam pantas. Mia rebah tidak sedarkan diri.

***

Villa Anggerik, Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja Mia membuka mata, dilihatnya Adam berada di sisi. Mia melihat sekeliling. Ini rumahnya.

“ semalam awak muncul tiba-tiba di hadapan rumah..waktu tu hujan lebat, bila saya tanya awak. Awak tak jawab dan pengsan tiba-tiba. Tangan awak berdarah semalam. Tapi jangan risau, doktor kata cuma luka biasa..” jelas Adam.

Mia hanya terdiam. Dia juga bingung dengan apa yang terjadi. Di selak lengan bajunya. Tangan kirinya itu masih berbalut. Dia memandang Adam sebelum tidur kembali.

***

Elfa Holding, Kuala Lumpur.

Hari ini genap 3 bulan semenjak peristiwa itu terjadi. Mia sudah membiasakan diri. Mimpi-mimpi aneh juga sering mengganggu tidurnya tetapi dia tidak ambil kisah.
Telefonnya berbunyi.

            “ hello, Mia. Ni Adam. Sorry lambat wish you sayang. Happy birthday. Malam ni mama you nak adakan celebration sikit. Jangan balik lambat tau..”

            “ thank you…nanti Mia balik cepat..” jawab Mia.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Mia segera berkemas untuk pulang. Dia memandu kereta diterangi cahaya lampu neon di highway itu. Seketika dia terlihat tangan kirinya. Parut itu masih ada. Tiga garisan panjang seolah bekas cakaran bintang buas. Dia mencuba mengingati peristiwa pada malam dia hilang di hutan itu. Dia buntu. Hanya satu yang diingatnya. Bayangan serigala itu masih menghantui diri.

Tiba-tiba tangan kirinya sakit. Makin lama semakin sakit. Dia cuba bertahan. Mukanya berkerut menahan kesakitan. Wajah Adam dan keluarganya terbayang di mata. Stereng kereta dilepaskan perlahan sebelum sebuah dentuman kuat berlaku di lebuhraya itu. Mia kemalangan.

***

Liyadr, Ersharq.

            Quzaira terjaga. Terus dia menuju ke dapur. Dilihatnya ibunya sedang masak.

            “ emmm…sedapnya. Ada apa-apa yang Zaira boleh tolong ibu..”

            Ibunya menoleh sambil tersenyum. “ ha..reti pun nak bangun. Tolong ibu ambilkan pinggan itu..”

           Quzaira segera menurut. “ Zaira, kamu boleh tolong ambilkan pucuk daun teh dekat belakang hutan sana..tapi, hati-hati ya..kalau tentera Rafael meronda, susah nanti..”

            Quzaira mengangguk dan mencapai bakul kecil. Dia berhati-hati menuju ke belakang hutan.

Memang lumrah hidup di Ersharq, golongan manusia memang tidak berapa disukai oleh sesetengah keluarga serigala diraja. Dahulu bumi Ershaq ini ditakhluki oleh manusia. Oleh kerana satu sumpahan, sebuah peperangan meletus. Kononnya manusia telah melanggar hukum peradaban sehinggakan serigala yang dahulunya sekadar penjaga kini diangkat sebagai pemerintah. Mereka dikurniakan kebolehan untuk bertukar rupa sebagai manusia.

Tetapi tidak semua serigala itu jahat. Cuma Rafael dan pengikutnya sahaja yang bersikap kejam terhadap rakyatnya sendiri. Quzaira pernah terdengar perkhabaran daripada istana bahawa Rafael sedang bersaing hebat dengan Rifqi, sepupunya untuk berebut gelaran Raja. Mungkin Rifqi itu baik dan jauh berbeza daripada Rafael, bisik hati Quzaira.

Telinga Quzaira menangkap suara. Sepertinya sesuatu pergelutan telah terjadi. Di intainya di sebalik semak yang merimbun. Itu Rafael bersama seseorang yang tidak dikenalinya.

“ dari dulu engkau nak takhta tu..tapi kenapa sanggup bunuh ayah saudara sendiri..!” marah lelaki itu terhadap Rafael.

Quzaira menekup mulutnya. Perkataan ‘ bunuh’ itu menggerunkannya.

“ aku akan buat apa sahaja untuk dapatkan impian aku..termasuk hapuskan engkau kalau aku mahu..tapi yang aku hairan. Kenapa ayah kau boleh minta kau jadi pengganti dia dalam wasiat yang dia tulis, sedangkan kau anaknya yang kedua?” bentak Rafael.

“ aku tak kisah. Tapi kau jangan sekali-kali kacau adik beradik aku, Fitri dan Dhia. Kalau tak..”

“ kalau tak…apa..kau nak bunuh aku..cubalah..” kata Rafael. Quzaira hanya memerhati pergaduhan itu terjadi. Kadangkala mereka bertukar menjadi serigala. Ini pasti golongan istana, bisik hati Quzaira.

Seusai itu, Rafael dan pengikutnya beredar. Kelihatan lelaki yang kalah itu cedera parah. Quzaira ingin beredar. Setapak kakinya melangkah, lelaki itu bersuara kecil. Meminta pertolongan. Quzaira berpaling. Dia menuju kea rah lelaki itu perlahan. Pisau kecil miliknya dikeluarkan, dia perlu bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Dia menyentuh lelaki itu perlahan. Tiada pergerakan. Lelaki itu lemah diselaputi darah merah. Dia pantas membawa lelaki itu pulang untuk diberikan rawatan.

    Setibanya di rumah, ibunya terkejut apabila Quzaira pulang membawa seorang lelaki yang tidak dikenali.

“ ibu, tolong dia bu..nanti Zaira cerita..” jelas Quzaira. Ibunya cuma menurut.

            Lelaki itu membuka matanya. Persekitaran tersebut begitu asing baginya.

            “ Dhia..Dhia..” sebutnya perlahan.

            “ kekasih awak ke..?” tanya Quzaira sambil membawa bekas berisi air dan tuala. Lelaki itu cuma mendiamkan diri.

            Quzaira menuam luka lelaki itu perlahan. Lelaki itu menolak kasar dan bangun, menuju ke luar rumah. Ibunya terpempan.

            “ hei! Awak. Kalau ya pun nak balik sangat. Takkan ucap terima kasih pun dah lupa ke?!!” marah Quzaira. Lelaki itu berpaling. Quzaira menghampirinya lalu menghulurkan sesuatu.

            “ ini barang-barang awak. Dan nampaknya awak bukan penduduk sini. Jadi semoga selamatlah balik ya..” kata Quzaira sambil berpaling.

            “ er..awak..terima kasih. Saya ….” Kata lelaki itu.

            “ apa lagi…” marah Quzaira.

            “ nama saya Rifqi. Putera Muda Kerajaan Ershaq..” Quzaira terdiam, dan memandang lelaki itu. “ Putera Rifqi…” bisiknya.

***

Hospital Kuala Lumpur.

            “ nampaknya keadaan Mia masih kritikal..saya tak boleh nak menjamin apa-apa buat masa sekarang ni..” jelas doktor.

Puan Amira menekup mukanya. Adam pula hanya berdiam diri. Suasana menjadi senyap seketika.

“ sabarlah..Adam pasti Mia akan segera sembuh. Percayalah…”

***

Liyard, Ershaq.

            Rifqi menjelaskan segalanya kepada Quzaira. Tentang masalah yang berlaku di istana. Tentang perebutan takhta, dan juga kejahatan Rafael.

            “ err…patik…” Quzaira terhenti-henti katanya.

            “ sudahlah..saya tak suka bahasa-bahasa istana ni. Panggil je saya Rifqi, kan senang..” kata Rifqi sambil tersenyum. Ibu Quzaira datang membawa air minuman.

            “ aduh..” Rifqi memegang tangannya. “ kenapa ni..” tanya Quzaira. “ tadi awak pukul kuat sangat..” balas Rifqi sambil ketawa.

            Sebulan sudah berlalu, kini Rifqi sudah pulih. Dia terhutang budi pada Quzaira dan ibunya. Ketika Rifqi bersiap-siap, Quzaira datang menghampiri.

            “ awak..lepas ni mungkin mustahil kita nak berjumpa lagi. Tapi..awak jangan..jangan lupakan saya. Kita kan kawan…” kata Quzaira sambil ketawa. Kemudian dia berpaling, tawanya bertukar sedih.

            “ saya..Putera Muda Rifqi..berjanji takkan lupakan Quzaira dan selalu mengingatinya tidak kira di mana saya berada..” balas Rifqi seperti seseorang yang sedang membacakan ikrar.

“ awak..sahabat itu tidak mengenal darjat, mahupun pangkat. Begitu juga dengan perasaan sayang..” kata Rifqi sambil mengelap air mata Quzaira.

“ saya pergi dulu..” kata Rifqi sebelum berlari pantas. Dalam kejauhan itu, dia bertukar menjadi serigala semula.

***

Istana Qaitre, Ershaq.

            “ sudah sebulan Rifqi menghilang…adinda risau la..” kata Dhia, Puteri Bongsu Kerajaan Ershaq.
            “ lambat laun, Rifqi pasti pulang..percayalah..” balas Fitri. Dia selaku Putera Sulung memahami masalah yang dihadapi adiknya. Rifqi perlu bersaing hebat dengan Rafael. Penghujung tahun ini, suatu pertandingan akan diadakan. Siapa juara maka dia bergelar raja.

            “ Sembah hormat buat keluarga diraja..Putera Muda sudah kembali..” kata pembantu istana.
            “ benarkah..” Dhia tersenyum keriangan sambil memandang Fitri.

            “ salam buat kekanda Fitri..dan adinda Dhia..” ucap Rifqi sewaktu memasuki balairung istana. Dhia terus meluru ke arah Rifqi, lantas memeluknya.

            “ Dhia risaukan kanda Rifqi. Ke mana kanda menghilang sepurnama?” tanya Dhia. Rifqi hanya membalas dengan senyuman.

            Ketika itu Rafael tiba.

            “ salam juga buat saudaraku, Rafael..” kata Rifqi.

            “ lama sekali kita tidak bertemu..” balas Rafael.
           
“ begitukah.. sudah pasti kamu tahu mengapa saya menghilang..” sinis kata Rifqi.

“ kamu tahu sebabnya?” tanya Dhia kepada Rafael. Rafael hanya mendiamkan diri. Sakit hatinya dipermainkan sebegitu. Tapi dia bersabar. Jikalau dia marah, itu bererti dia kalah.

            “ eh..tangan kekanda berparut. Kanda cederakah?” tanya Dhia lagi.

            “ cuma luka kecil. Angkara seekor anjing liar. Tapi tidak mengapa, suatu hari nanti anjing itu akan tumpas di tangan kanda sendiri..” balas Rifqi.

***

Liyard, Ershaq.

            Sudah beberapa bulan semenjak kepergian Rifqi. Quzaira cuba melupakan lelaki itu. Mustahil sekali buat dia berada di sisi keluarga diraja.

            Tiba-tiba suatu keriuhan berlaku di luar kediamannya. Dia menjenguk ke luar. Kelihatan beberapa pasukan tentera sedang mara. Perkampungannya juga habis dibakar. Quzaira menjerit-jerit memanggil ibunya. Dia bersembunyi di bawah katil. Dia teringatkan ibunya yang ke pasar pagi tadi. Setitis demi setitis air matanya tumpah mengenangkan nasib ibunya. Dia berpeluk tubuh. Mendiamkan diri sambil menggigil ketakutan.

Seketika kemudian, Quzaira terjaga. Dilihat kiri dan kanan, suasana hingar bertukar sepi. Dia memberanikan diri untuk menjengah keluar. Dilihatnya pekampungan Liyard seperti tiada orang.

            “ ibu..ibu!!” Quzaira mencari ibunya. Dia melihat seseorang yang sedang bersembunyi.
            “ Lia…mana semua orang??” tanya Quzaira.
            “ Ra..Rafael…dia datang..tangkap semua orang..ibu..ibu kakak…ada dengan dia…” terketar-ketar Lia menjelaskan. Quzaira bingkas bangun tapi ditarik Lia.
            “ jangan…jangan pergi..bahaya…” pinta Lia.
            “ Lia masuk rumah..duduk diam-diam…” pujuk Quzaira sebelum berlari kea rah Qaitre.

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
Annur Syi :)
I'm 16 now and my birthday on 19th August :) Studying at my school:P Hope you'll enjoy reading my site

TAGBOARD
footprint <3 THANK YOU !

Facebook Annur Syi
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by AidaFarisha :)
Icons from reviviscent